CALL FOR BOOK CHAPTERS: Perspektif dan Penyelidikan Dalam Pendidikan & Latihan Teknik dan Vokasional
EDITOR
Dr. Nur Husna Abd Wahid
PENGENALAN
Tujuan edited book ini adalah untuk menjadi platform bagi penyelidik, pendidik, pelajar dan pemain industri berkongsi penyelidikan dan perspektif meraka berkaitan pendidikan teknik dan vokasional. Edited book ini akan menerbitkan aktikel penyelidikan asal, ulasan kritikal serta laporan teknikal dalam bidang pendidikan & latihan teknik dan vokasional.
SKOP BUKU
Perspektif dan Penyelidikan Dalam Pendidikan & Latihan Teknik dan Vokasional mengalu-alukan penghantaran artikel yang melibatkan perbincangan tentang dasar dan amalan, serta sumbangan kepada perkembangan konsep dan teori dalam bidang TVET. Edited book ini akan menerbitkan aktikel penyelidikan asal, ulasan kritikal serta laporan teknikal dan mengalu-alukan artikel dari pelbagai perspektif (inter-disciplinary). Artikel bagi penerbitan edited book ini merangkumi isu-isu kurikulum, latihan, pedagogi, dan penilaian, serta aspek ekonomi, budaya dan politik yang berkaitan dengan peranan pendidikan dan latihan vokasional dan profesional dalam masyarakat.
TOPIK-TOPIK MENARIK
- Pedagogi alaf ke-21 dalam pendidikan & latihan teknik dan vokasional (TVET)
- Perspektif dan isu semasa dalam TVET di Malaysia
- Strategi untuk penambahbaikan taraf TVET di Malaysia
- Kemahiran hijau dalam TVET
- Indusrti 4.0 dalam TVET
- Cabaran utama dalam mengintegrasikan pembangunan mampan dalam TVET
BAHASA YANG DIGUNAKAN
Bahasa Melayu
FI PENERIMAAN PENERBITAN
RM 300 per bab*
*Nota: Bayaran ini merangkumi kos-kos seperti proofreading, copy-editing, serta lain-lain perkhidmatan penerbitan. Setiap penulis akan diberikan sebuah CD sebagai ‘digital copy’ yang mengandungi ‘edited book’ lengkap.
Maklumat lanjut, sila hubungi:
Dr. Nur Husna Abd Wahid
School of Education, Faculty of Social Sciences and Humanities,
Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor, Malaysia
E-mel: husna@utm.my
Office: +6075534431 | Mobile: +60137411809