Penyelidikan TVET: Kompetensi & Kesediaan Pengajaran
Synopsis
Segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurniaNya, buku Penyelidikan TVET Jilid 1 yang bertemakan Kompetensi & Kesediaan Pengajaran ini telah berjaya diterbitkan. Penerbitan buku ini adalah suatu kesinambungan usaha penerokaan ilmu dan kemahiran baharu dalam kalangan penyelidik dan pendidikan dalam bidang pendidikan teknik dan vokosinal bagi membolehkan ilmu serta kemahiran tersebut disebar luas dan dikongsikan dengan semua yang berkepentingan. Buku ini mengandungi 8 Bab yang terdiri daripada artikel hasil kajian penyelidikan berkenaan pembanguan kompetensi guru dan pengajar dalam bidang Technical and Vocational Education and Training (TVET).
Selaras dengan matlamat memperkasa bidang TVET di Malaysia, buku ini juga memuatkan artikel penyelidikan berkaitan pembagunan kompetensi dan kesediaan guru dan pengajar bidang TVET dari pelbagai perspektif bagi meningkatkan amalan dan keberkesaan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang TVET. Buku ini memberi penekaan kepada kajian dalam menilai kompetensi kemahiran teknikal guru TVET, kesediaan pengajaran guru TVET dari aspek effikasi kendiri, pengetahuan, penilaian dan kemahiran dalam beberapa bidang TVET. Salah satu bab dalam buku ini juga mempersembahkan dapatan kajian kesediaan guru TVET bagi mengajar golongan pelajar kelainan upaya.
Semua bab yang dimuatkan dalam buku ini diharapkan dapat membantu dalam pemerkasaan bidang TVET di Malaysia agar setaraf dengan tahap pendidikan di negara maju seluruh dunia. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada warga pendidik dan penyelidik yang telah menyumbangkan artikel yang berkualiti, serta tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan ini.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.