Announcements

CALL FOR BOOK CHAPTERS: Perspektif dan Penyelidikan Dalam Pendidikan & Latihan Teknik dan Vokasional

2019-07-17
cover_page_edited_book_-_RESIZE(homepage)1.jpg

EDITOR

Dr. Nur Husna Abd Wahid

PENGENALAN

Tujuan edited book ini adalah untuk menjadi platform bagi penyelidik, pendidik, pelajar dan pemain industri berkongsi penyelidikan dan perspektif meraka berkaitan pendidikan teknik dan vokasional. Edited book ini akan menerbitkan aktikel penyelidikan asal, ulasan kritikal serta laporan teknikal dalam bidang pendidikan & latihan teknik dan vokasional.

Read more about CALL FOR BOOK CHAPTERS: Perspektif dan Penyelidikan Dalam Pendidikan & Latihan Teknik dan Vokasional

 

PENGENALAN:

Edited Book terdiri daripada beberapa bab yang berbeza dan setiap bab ditulis oleh penulis yang berbeza dan buku ini diedit oleh seorang atau beberapa editor penyelenggara. Edited Book seharusnya merangkumi satu tema untuk setiap buku dan judul setiap bab haruslah dalam tema yang sama.

 

KRITERIA UMUM:

 

  1. Bilangan minimum bab dalam sesebuah edited book ialah 7 bab.

 

  1. Setiap bab hendaklah mempunyai tidak lebih daripada empat (4) penulis.

 

  1. Bilangan halaman bagi setiap bab dalam lingkungan 5 – 10 muka surat.

 

  1. Format penulisan rujukan dan in-text citation mengikut gaya The American Psychological Association (APA style).

 

  1. Buku diedit oleh satu (1) orang editor.

 

  1. Editor boleh menyumbang maksimum tiga (3) bab sahaja termasuk bab pengenalan yang merangkumi semua bab yang terkandung dalam buku.

 

  1. Judul edited book tidak boleh lebih daripada sepuluh (10) patah perkataan dan mestilah merangkumi kesemua topik yang ada dalam bab.

 

  1. Setiap bab dalam buku mesti melalui proses semakan plagiarism menggunakan aplikasi Turnitin. Peratusan persamaan yang dibenarkan adalah 20% untuk setiap bab.